Vlogger kini berlumba-lumba mendapatkan view di youtube kerana seperti yang diketahui semakin banyak view semakin banyak peluang menjana pendapatan dengan video yang dihasilkan. Tidak kira penghasilan itu daripada pengiklanan di youtube atau jejak link affiliate yang ditinggalkan. Jika sekiranya video yang diupload di youtube masih tidak mendapat view yang membanggakan, anda perlu belajar daripada mereka yang otai cara meningkatkan view video youtube.

Tahukah anda bahawa persembahan powerpoint boleh ditukar ke dalam bentuk video tanpa membeli perisian canggih malah tidak memerlukan apapun perisian tambahan?

Mengapa menjadikan persembahan anda ke dalam video?

Apabila anda ingin memberikan versi persembahan yang lebih canggih kepada rakan-rakan anda atau pelanggan (sama ada sebagai lampiran e-mel, yang diterbitkan untuk web, pada CD atau DVD), simpan dan biarkan ia bermain sebagai video. Boleh juga diupload di youtube mana tahu mendapat view yang banyak untung-untung boleh dapat duit dari youtube.

Video jangan simpan dalam komputer nanti basi. Kongsikan kepada dunia, dunia akan bagi anda duit.

Dalam PowerPoint bermula office 2010, kini anda boleh simpan persembahan anda sebagai Windows Media Video (.wmv)dan (.mp4) fail dan mengedarkannya dengan yakin, mengetahui bahawa anda yang membuat animasi, narator, persembahan multimedia akan bermain tanpa kerosakan. Jika anda tidak mahu menggunakan format fail .wmv atau .mp4, anda boleh menggunakan pilihan utiliti pihak ketiga untuk menukar fail ke format lain (.avi, .mov, dan lain-lain).

Simpan Persembahan Powerpoint Ke Dalam Bentuk Video


Langkah mudah menukar powerpoint ke dalam bentuk video..

1. Bina persembahan powerpoint anda..
2. Simpan persembahan powerpoint anda.
3. Di bahagian menu File, kilk save & Send ( untuk office 2010). Untuk office 2013, klik menu file, bahagian export klik Create a Video. ( Setting mengikut kemahuan anda ) dan klik butang create video.


Klik file dan pilih export, create a video (powerpoint 2013)
Klik file dan pilih save & send (powerpoint 2010)


Anda kini sudah berjaya menghasilkan video daripada persembahan powerpoint anda. Bagi usahawan yang memasarkan produk melalui pemasaran video, cara ini sangat mudah dan murah.

Selamat mencuba dan jika rasa ia berguna buat anda, jangan lupa share dengan rakan-rakan.



Post a Comment