Dalam satu dialog antara guru-guru dangan pegawai School Improvement Specialist Coaches, berbuih mulut pegawai bercakap tentang pembelajaran abad ke-21. Ternganga guru-guru mendengar penerangan yang berbelit-belit macam ular kena palu. Jika pegawai itu mengajar murid-murid, dijamin murid jadi lembab. Seorang guru dengan selamba mengangkat tangan dan bertanyakan apa sebenarnya pembelajaran abad ke-21. Pegawai School Improvement Specialist Coaches nampaknya tersentak seketika lalu memberikan penerangannya tentang pembelajaran abad ke-21 lebih kurang macam ini.." cikgu-cikgu pembelajaran abad ke-21 ini ialah pembelajaran yang kembali kepada asal, macam yang dulu-dulu kita gunakan".

Bingung cikgu-cikgu apabila mendengar pembelajaran kembali kepada asal. Asal yang macam mana? Guna mulut dan kapur? Kalau kail sejengkal..


1. Apakah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21?
  • Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
  • Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
  • Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
2.  Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke- 21?
  • Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
  • Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
  • Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
  • Literasi Maklumat (Information Literacy)
  • Literasi Media (Media Literacy)
  • Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
  • Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
  • Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
  • Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
  • Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
3.  Apakah ciri-ciri guru abad ke-21?
  • Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
  • Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
  • Memiliki kemahiran kaunseling
  • Menggunakan teknologi terkini
4.  Apakah ciri-ciri murid abad ke-21?
  • Berupaya membuat hubung-kait
  • Bijak menyoal
  • Yakin berkomunikasi
  • Mengambil risiko
  • Dahagakan ilmu
  • Ingin tahu
  • Menjana idea
  • Fleksibel
  • Tidak berputus asa
  • Mendengar dan membuat refleksi
  • Berkemahiran kritis
  • Menguasai kemahiran literasi
  • Berani mencuba
  • Mampu berfikir sendiri
  • Membuat inisiatif
  • Mampu bekerja dengan orang lain
  • Membuat perubahan
  • Berintegriti
  • Berkeperibadian tinggi

Post a Comment