MENGEMBARA ke angkasa lepas kini bukan sesuatu yang mustahil. Sejak zaman dahulu lagi penerokaan ruang cakerawala sentiasa menarik minat manusia, tidak kira untuk penyelidikan, melancong atau mungkin mencari habitat baharu untuk didiami.

isah menarik daripada pengalaman angkasawan dan pelancong angkasa lepas yang pernah meneroka dan dokumentari filem berkaitan persekitaran di angkasa lepas menarik minat manusia.

Tidak hairanlah firma antarabangsa kini berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada individu berkemampuan yang mahu merasai pengalaman melancong ke angkasa lepas dengan menaiki pesawat komersial berkelajuan seperti roket yang dijangka beroperasi pada tahun depan.

Berikutan permintaan tinggi, kos pelancongan angkasa lepas yang sebelum ini hanya menelan sebanyak RM100 juta kini boleh mencecah sehingga RM800 juta seorang untuk perjalanan pergi dan balik.

Firma seperti Excalibur Almaz di United Kingdom adalah antara syarikat antarabangsa yang menawarkan untuk membawa manusia ke bulan buat kali pertama sejak tahun 1972 yang mana penerbangan dengan menaiki kapal angkasa Russia itu dijangka akan beroperasi pada tahun 2015.



Jenis Penerbangan

Penerbangan Altitud Tinggi
Pelancongan angkasa menggunakan jet pejuang Russia, MIG-29 iaitu penerbangan dua kali ganda ketinggian pesawat komersial.
Tempoh: 45 minit
Kos: RM67,000 (AS$20,000)

Belon Altitud Tinggi
Belon altitud tinggi, Zero2infinity menjanjikan penerbangan tanpa bunyi enjin. Ia menyediakan ruang untuk enam orang untuk dibawa di atas permukaan atmosfera bumi.
Tempoh: 3 hingga 2 jam
Kos: RM517,000 (AS$155,000)

Penerbangan Parabola

Kapal terbang Boeing 727 diubah suai bagi membolehkan penumpang merasai penerbangan parabola tanpa perlu ke angkasa lepas. Menerusi penerbangan ini, penumpang akan berada dalam keadaan mikrograviti (graviti sifar) selama 10 minit.
Tempoh: 90 minit
Kos: RM16,500 (AS$4,950)

Misi Meneroka Bulan (2015)

Firma Excalibur Almaz di Britain merancang membawa pelancong ke bulan. Perjalanan dengan menaiki kapal angkasa Russia itu dijangka beroperasi pada tahun 2015.
Tempoh: 8 bulanKos: RM500 juta (AS$150 juta)

Penerbangan Ke Orbit Bumi (2015)
Firma penerbangan luar angkasa yang bercadang untuk menjual tiket ke orbit bumi ialah Astrox, SpaceX, Agensi Kesatuan Angkasa Lepas Russia dan Blue Origin yang diimiliki Ketua Eksekutif Amazon, Jeff Bezos.
Tempoh: 2 minggu
Kos: RM167 juta (AS$50 juta)

Penerbangan Suborbit (2013)
Pada tahun 2004, SpaceShipOne menjadi kapal angkasa swasta pertama yang melewati garis Karman iaitu di altitud 100 kilometer (62 batu) dari permukaan laut bumi. Kini, beberapa firma seperti XCOR, SpaceX dan Virgin Galactic bersaing mengkomersialkan penerbangan di ruang angkasa.
Tempoh: 2 jamKos: RM317,000 hingga RM667,000 (AS$95,000 hingga AS$200,000)

Pelancong Angkasa Lepas
Denis Tito
Tahun: 2001
Tempoh penerbangan: 8 hari
Kos: RM67 juta (AS$20 juta)

Mark Shutleworth
Tahun: 2002
Tempoh penerbangan: 11 hari
Kos: RM67 juta (AS$20 juta)

Gregory Olsen
Tahun: 2005
Tempoh penerbangan: 11 hari
Kos: RM67 juta (AS$20 juta)

Anousheh Ansari
Tahun: 2006
Tempoh penerbangan: 12 hari
Kos: RM67 juta (AS$20 juta)

Charles Simonyi
Tahun: 2007 dan 2009
Tempoh penerbangan: 15 dan 14 hari
Kos: RM83 juta dan RM117 juta (AS$25 juta dan AS$35 juta)

Richard Garriott
Tahun: 2008
Tempoh penerbangan: 12 hari

Guy Laliberte
Tahun: 2009
Tempoh penerbangan: 11 hariKos: RM117 juta (AS$35 juta)


Sumber : www.bharian.com.my


Post a Comment