Hari ini, pagi-pagi lagi saya bersemangat mengemaskini blog ini sebaik sahaja sebaik sahaja selesai membeli belah dalam talian di Lazada Malaysia. Ketika pusat membeli belah seperti Giant, Survey belum dibuka, saya sudahpun selesai membeli belah di Lazada Malaysia. Mudah.

Saya berkunjung awal ke laman web Lazada Malaysia kerana takut terlepas peluang menikmati Grand Sale yang dianjurkan oleh Lazada. Sebagai pelanggan Lazada Malaysia, saya sudah mengetahui 12.12 merupakan tarikh penting untuk mendapatkan barangan dengan harga lebih murah daripada biasa di Lazada Malaysia.

Pagi ini saya angkat dua barang di Lazada Malaysia tetapi belum sampai lagi di rumah. Kalau tidak ada masalah, dalam 2 atau 3 hari lagi saya akan terima pesanan igufran. Itu janji daripada pihak Lazada. Saya beli Roichen Natural Ceramic Cookware dan Butterfly Pressure Cooker.

Untuk Roichen Ceramic Cookware, banyak penjimatan yang saya nikmati kerana saya selalu melihat harga produk ini. Butterfly Pressure Cooker tu harganya tak banyak sangat potongan kerana masa bukan jualan murahpun ia tetap ada potongan harga. Walau bagaimanapun saya masih dapat berjimat kerana terdapat model sama dijual pada harga berlainan.



Kepada yang belum mengetahui jualan murah di Lazada Malaysia, anda masih ada masa mendapat potongan harga hingga jam 12 malam ini.




Post a Comment