Igufran masih ingat 8 tahun yang lepas, igufran benar-benar takut mendaftar perbankan internet sebab takut kehilangan wang dalam bank. Banyak berita tentang wang tiba-tiba lesap daripada akaun bank. Begitu juga halnya membeli belah secara online. igufran tidak berani membeli-belah secara online kerana takut barang yang dibeli tidak sampai. tambahan pula igufran pernah terbaca kes-kes dimana barang yang dipesan tidak sama dengan barang yang dihantar hanyalah seketul batu atau barang permainan.

Kini semuanya sudah berakhir. igufran kini lebih selesa membeli belah secara online. Walaupun harga barang yang saya beli lebih kurang sama tetapi saya dapat menjimatkan masa, bahan api kereta, tenaga dan bayaran parking. Barangan yang igufran belipun kebanyakannya yang ringan-ringan dan murah saja. Barang yang paling mahal pun dalam RM1500 harganya. Handphone paling mahal setakat ini.

Lokasi utama igufran membeli belah ialah di Shopee MY , Lazada dan lelong. Lelong adalah yang terbaik sebab penghantaran cepat. Lazada Malaysia pun tak kurang baiknya sebab kadang-kadang ada perkhidmatan penghantaran percuma cuma kadang-kadang lambat hantar. Satu lagi yang tak best Lazada App Malaysia ini, mereka masih list produk mereka walaupun sudah kehabisan stok. Ini menyebabkan kita terpaksa menunggu satu minggu untuk mendapatkan refund. Walaupun begitu Lazada Malaysia masih pilihan kedua igufran sebagai tempat membeli belah secara online.

Gambar : Anak igufran

Dua minggu lepas, igufran membeli kamera Canon Eos M di Lazada App. Tiga hari selepas pembayaran saya menerima bungkusan dari Lazada. Saya begitu puas hati dengan cara pembungkusan Lazada Malaysia. Kamera yang saya order pun dalam keadaan yang selamat. Harga yang igufran dapatpun tak jauh sangat dengan harga di daerah igufran tinggal iaitu Tawau Sabah. Di Lazada saya ditawarkan harga RM1299. Sebenarnya igufran tak berapa pasti harga di Tawau tetapi ada kawan bagi tau untuk kit yang sama dengan saya beli di Lazada dijual dengan harga RM1499. Jika benar, igufran ada berjimat sikit.


Kemarin dulu igufran baru sahaja menerima bungkusan dari Lazada Malaysia iaitu Panasonic Mixer. Orang rumah nak belajar buat kek jadi igufran ambil keputusan membeli mixer. Oleh kerana malas pusing-pusing di bandar Tawau dan mengharungi kesesakan lalu lintas, iguran membeli belah sahaja di Internet. Lagipun igufran bukannya perlukan benda ni dengan kadar yang cepat.

Ketika igufran menaip entri ini, igufran tengah menunggu kehadiran SanDisk iaitu memory card untuk kamera canon EOS M yang igufran beli hari tu di Lazada Malaysia. Bukannya tak ada memory card disertakan pada kamera tu tetapi nak upgrade yang lebih besar lagi muatannya iaitu 32GB. Harap esok atau lusa bungkusan saya sampai.

Petang tadi kawan sepejabat telefon ada bungkusan untuk igufran baru sampai. Fikir-fikir, rupanya beg untuk Canon EOS M yang igufran beli di lelong tiga hari yang lepas. Hari ni igufran tak datang ofis sebab kena kursus pula. Syukurlah selamat sampai.

Buat kawan-kawan yang masih ragu-ragu membeli belah secara online, kini tak perlu risau lagi. Berjimatlah dari segi tenaga dan bahan api dengan membeli belah secara online.

Terima kasih kerana membaca.



Post a Comment