Salam hormat pembaca semua. Igufran sekali lagi menulis tentang produk yang igufran beli di lazada tempoh hari iaitu kira-kira sebulan yang lepas. Sebelum ini igufran ada menulis mengapa igufran suka membeli belah secara online tetapi igufran hanya menyatakan produk yang igufran beli di lazada.

Kali ini igufran menulis pula berkaitan dengan produk yang igufran beli iaitu Panasonic Mixer. Sebenarnya igufran pernah membeli mixer sebelum ini iaitu jenama pansonic yang namanya hampir sama dengan Panasonic. Malangnya jenama ini sangat mengecewakan igufran. Minta maaf kepada syarikat pansonic, bukan niat untuk memburuk-burukkan jenama ini tetapi percayalah, belum sempat habis isteri saya mengadun tepung, mixer itu terhenti dan keluar asapnya..short. Kali pertama guna sudah short, kalau sudah berkali-kali memang sudah sampai waktunya rosak. Nak claim macam mana??, igufran beli masa bercuti di Kota Kinabalu, guna di rumah sendiri di Tawau.

Beberapa bulan kemudian barulah terbuka semula hati membeli mixer tetapi igufran sudah bertekad untuk membeli mixer yang ada jenama yang diyakini. Igufran sebenarnya sudah tetapkan jenama mixer yang hendak dibeli iaitu jenama panasonic. Oleh kerana lazada merupakan lokasi membeli belah online igufran maka igufran terus sahaja ke sana..dan dah sampaipun bungkusan igufran.


Keseluruhannya igufran sangat berpuas hati dengan model ini. Oleh kerana saya hanya membandingkan dengan jenama yang igufran guna sebelum ini, iaitu pansonic, Panasonic mixer sudah tentu jauh lebih bagus. Sehingga igufran menulis post ini, sudah berkali-kali isteri igufran menggunakannya tanpa sebarang masalah. harap-harap ia tidak mendatangkan masalah dalam 10 tahu lagi...Motor mixer ini kuat bagi igufran sebab walaupun tepun tu agak pekat tetapi mixer ni masih berfungsi seperti biasa.

Apapun kerja-kerja mengadun tepung tidak kali menyakitkan tangan sebab semuanya menggunakan mesin buatan panasonic. 

Mungkin ini nasihat igufran yang tidak berguna, kalau nak beli barang elektronik biar ada jenama yang diyakini. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi berbaloi kerana tahan lama. Namun tidak dapat dinafikan terdapat juga produk  berjenama cepat rosak terutama sekali apabila karan tidak stabil..


Post a Comment