Saya membeli Tefal garment Steamer untuk menggantikan Philips Garment Steamer yang sudah mula meragam. Empat tahun bersama philips garmen steamer yang penuh kenangan. Bukan merajuk dengan philips tapi mencuba jenama lain pula. Harap Tefal Garment Steamer ni boleh menjangkau sehinggan lima tahun pula..
Saya beli Tefal Garment Steamer di Lazada Malaysia sebab ia jauh lebih murah berbanding di tempat saya di Tawau Sabah. Di Tawau ia dijual RM499 sementara di Lazada dapat dengan harga RM399 termasuk kos penghantaran. Ini bermakna saya dapat berjimat RM100. Selain itu dapat jimat minyak kereta, masa dan mengelak kesesakan jalan raya. Membeli dalam talian tunggu barang sampai di ofis tempat kerja.
KELEBIHAN IRON STEAMER
Iron steamer mempunyai banyak kelebihan. Ia berdasarkan pengalaman saya sebagai pengguna iron steamer. Saya senaraikan kelebihan-kelebihan menggunakan iron steamer untuk makluman yang masih setia dengan dry iron. Berikut antara kelebihan iron steamer ;
1. Tidak perlu iron board. Kalau rumah kecil macam rumah saya, iron board itu mengambil ruang. Terpusing-pusing ambil posisi untuk menggosok pakaian. Iron steamer ini tidak perlu guna iron board.
2. Kerja menggosok pantas. Berdasarkan pengalaman saya menggosok menggunakan iron steamer lebih mudah. Sekali tarik wap akan tembus pakaian yang digosok, terus ikut licin. Pakaian tebal mudah digosok.
3. Tidak meninggalkan bekas. Iron steamer tidak meninggalkan bekas. Walaupun seseorang itu tidak pernah gosok pakaian, pakaian tidak berkilat seperti pakaian terbakar.
4. Pakaian selamat. Tiada keberangkalian pakaian terbakar walaupun ditekap lama-lama. Ini dapat menyelamatkan pakaian mahal anda.
5. Warna kekal lama. Warna pakaian lebih tahan jika menggunakan iron steamer berbanding dry iron. Ia dapat menjaga keaslian warna pakaian untuk jangka masa lama.
Cerita pasal iron steamer, bagi saya ia lebih baik berbanding dengan iron biasa tu atau dry iron. Saya tidak perlu iron board. Banyaklah kelebihan iron steamer ni dan yang paling penting ia dapat memanjangkan hayat pakaian igufran. Igufran tidak perlu risau pakaian terbakar disebabkan salah setting. Igufran tidak risau lagi pakaian berkilat disebabkan suhu iron yang terlalu panas..
Empat tahun lepas semasa masih guna dry iron, igufran begitu liat tolong isteri iron pakaian kerja. Guna iron steamer ni tak ada masalah tolong iron pakaian. Kalau iron baju boleh siap dalam masa dua minit kecuali jenis baju yang susah sangat di iron.
Walaupun iron steamer ni banyak kelebihan tetapi tidak ramai yang guna sebab mungkin faktor harganya agak mahal. Ada juga yang beranggapan benda ni hanya untuk tokey pakaian. Apapun alasan orang lain, igufran sudah lama jatuh cinta dengan iron steamer..
Selamat tinggal Philips ku..berkhidmatlah dengan baik Tefal baruku.
Antara Tefal dengan philips yang pernah saya guna tidak banyak perbezaan dari segi fungsi. Beberapa kelebihan model tefal yang saya guna iaitu tangki air lebih besar, tiang lebih kukuh dan ada board untuk baju.
Tefal VS Philips |
igufran..saya nak tanya..u nak jual aksesori philips steamer tu x? saya punya hanger kecik tu patah..jenuh cari spare part takde..kalau u boleh jual bersyukurnya saya..hopefully u boleh contact saya please..email saya norliana.j@mohr.gov.my..tq so much
ReplyDeleteSorry..saya tak jual..saya dah bagi dengan adik saya.
DeleteHi igufran. I am looking for a steamer too. Need ur feedback. How do you find about the Tefal u had bought till today? Is it worth buying? Tq
ReplyDeleteWell honestly....compared to my first steamer which was Phillips, Tefal is more durable, convenient and worth every penny. With Tefal, I can manage my clothes easily using its strong and firm stand and the best part is...it performs fast and better than Phillips.
ReplyDeletePost a Comment