Kalau kita mau beli handphone, pertama kita akan tanya sama ada set handphone itu original dari pengilang atau tidak. Tokey pun mau barangnya cepat dijual jadi dia akan cakap produknya semua original. Bagi yang tak tahu apa-apa akan terus buat pembayaran tanpa banyak soal.. Hmm, mungkin anda sedang ditipu oleh si tokey.

Igufran kongsikan perkara yang saya akan buat sebelum igufran ambil keputusan membeli handphone tersebut terutama sekali handphone yang mahal. Tips ini khas untuk pembeli jenama samsung dan mungkin boleh juga diterima pakai untuk jenama lain.

Ok mari kita mulakan...

1. Igufran pastikan nombor siri yang tertulis dalam kotak tu mesti sama dengan yang tertulis direkod dalam handphone. Untuk samsung, pergi ke setting ---> About phone ---> Status  --> IMEI. Lihat nombor IMEI sama ada sama ada sama yang tertulis dalam kotak dan yang ada dalam handphone. Jika sekiranya sama, itu bermakna original lah tu cuma kualitinya mungkin tidak sama dengan handphone lain.. Biasanya kalau yang tak original, nombor IMEI di kulit lain, dalam handphone lain.. igufranaya pernah dapat tapi handphone murah jadi tak berapa kisah...tertukar kotak mangkali.

2. Waranty juga sangat penting untuk mempastikan ori dengan yang bukan ori.

OK..bagaimana pula menentukan kualiti?

1. Ini sumber yang igufran dapat daripada uncle google. Lihat nombor IMEI sekali lagi..ikuti langkah di atas untuk mendapatkan nombor IMEI atau ikuti langkah di bawah..


1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

Menurut sumber....
  • 02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
  • 08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
  • 01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
  • 00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
  • 13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Tapi saya MUSYKIL...

Nombor dikedudukan nombor tujuh di handphone saya adalah 05, sedangkan saya dapat waranty dari kilang dan bukan dari kedai.

Paling panas kalau terbeli yang ori tapi yang sudah dipakai... recon la ceritanya tapi harga sama dengan yang baru.


Post a Comment