Majikan swasta utamakan kaum cina

Igufran tertarik dengan tajuk rencana ini yang igufran jumpa di ruang berita harian yang disiarkan diportal berita harian online pada 2012/11/10 - 11.29.18 am.

Suatu ketika dahulu atau beberapa tahun yang lepas, sebelum igufran ada blog ini pernah terbaca tentang kisah yang sama. Igufran tak pasti sama ada rencana itu ditulis oleh orang yang sama atau orang yang berbeza. Yang igufran ingat, masa tu timbul isu lambakan golongan mahasiswa mambung kata orang sabah atau penganggur.

Igufran bukan mengulas tentang majikan cina utamakan orang cina tapi pasal majikan swasta yang mementingkan kaum sendiri. Majikan swasta ni ada orang cina dan ada orang melayu.Biasanya majikan swastanya ni mengutamakan kaum sendiri sebelum mengambil daripada kaum lain untuk mengisi kekosongan yang tidak dapat dipenuhi oleh kaum sendiri.

Saya pernah berkunjung ke pasaraya kamdar di One Borneo. Selain daripada melihat pakaian-pakaian yang cantik lagi murah, igufran juga melihat pekerja-pekerjanya yang cantik-cantik dan tagap-tagap. Satu yang igufran perasan, semua pekerjanya terdiri daripada orang melayu dan saya tidak nampak seorangpun yang tidak bertudung.Jika kamdar itu milik orang melayu bermakna kamdar hanya mengutamakan pekerja orang melayu saja dan jika kamdar itu milik bukan orang melayu maka pemilik itu tidak mengambil pekerja daripada kaumnya sahaja.

Igufran berkunjung pula ke Bank Rakyat..alaaa biasalah mahu berhutang dengan diorang. Lebih kurang 10 tahun yang lepas, igufran pernah mendapatkan borang di Bank Rakyat cawangan Tawau untuk menjadi salah satu daripada kakitangan mereka. Igufran amat kecewa kerana rupanya Bank Rakyat tidak mahu mengambil kaum lain selain daripada orang Melayu atau yang beragama islam.. masa tu belum lagi satu Malaysia. Untuk mendapatkan saham di Bank Rakyat pun tidak akan dibuka kepada yang bukan beragama islam.. apa ni? bumiputera lain yang bukan beragama islam pun mahu maju juga.Betulkan Kunta Kinte.. satu Malaysia bah!

Sebenarnya bukan semua syarikat swasta ni mengutamakan kaum sendiri sahaja. Jika ada pun cuma beberapa syarikat sahaja.Igufran masuk Hap Seng untuk mendapatkan rumah di Seri Indah Tawau, igufran ada nampak beberapa orang melayu duduk di kerusi empuk. Pergi ke syarikat Master Group, jumpa juga orang melayu duduk di kerusi empuk..Igufran pergi ke Ladang Amalania, jumpa dengan Manager Hapid Othman.. orang melayu pula tu...itulah igufran cakap bukan semua syarikat swasta mengambil pekerja daripada kaumnya sendiri.

Igufran masih ingat ketika masih dibangku sekolah dalam tingkatan 5, seorang cikgu Melayu dari Terengganu kalau tak silap igufran selalu cakap " orang India kaum pengotor" Orang Cina kaum penipu" orang melayu kaum pemalas". Alasan cikgu tu mudah sahaja, setiap kali perayaan agama hindu dia cakap, jalan raya kotor dengan kelapa..entah betul ke tak. Orang cina pula jual barang dengan keuntungan berlipat ganda dan orang melayu menunggu bantuan daripada kerajaan tanpa berusaha sendiri katanya.

Kalaulah syarikat swasta cina pun mempunyai tanggapan yang sama terhadap orang melayu, tidak hairanlah orang melayu dan bumiputera tidak mendapat tempat dalam sektor swasta yang dikuasai oleh orang cina.Sebab itu kerajaan sepatutnya menggalakkan orang melayu dan bumiputera meniru cara orang cina buat bisnes tanpa mengharapkan subsidi. Jika banyak syarikat melayu dan bumiputera, orang melayu dan bumiputera tidak perlu lagi melutut di depan tokey swasta cina untuk mendapatkan pekerjaan jika benar ekonomi Malaysia berasaskan kaum.

Syarikat swasta tidak berminat mendapatkan pekerja melayu dan bumiputera kerana tidak cekap. Biar macam mana pun tetap tidak cekap..itu patut diakui dan diterima dengan hati terbuka untuk penambahbaikan. Yang sudah cekap tu diucapkan tahniahlah..igufran bukan cakap semua.. igufran bandingkan bank yang dikuasai oleh orang melayu dan cina iaitu Bank Simpanan Nasional dan Publick Bank. Jika berurusan di BSN, ambil nombor dulu kemudian pergi minum di kedai kopi. Jika berurusan di Publick Bank, pergi kedai kopi dulu, isi borang berkaitan baru ambil nombor. Syarikat swasta ni semuanya berkaitan dengan bisnes jadi kalau pekerja tidak cekap maka bisnes akan jatuh.

Kalau di pejabat pos lagi..aduhai, sempat lagi bertelefon semasa bekerja. Bila kerja selesai? Jika anda pernah berbaris dengan orang cina semasa bayar bil, diorang pasti cakap " apa macam dia buat kerja ooohhh.. bayar bil pun lambatkah".

Jika syarikat swasta mementingkan kecekapan pekerja, tak hairanlah mengapa mereka mengambil pekerja yang lebih cekap walaupun mempunyai kemahiran dan kelulusan yang sama.

Post a Comment