Petang tadi saya jalan-jalan cari seluar jeans di Eastern Plaza Tawau. Masa saya dan family keluar dari Survey, saya nampak satu boot ni sedang buat kempen hijau konon. Jadi saya sebagai menghargai kehijauan pun tumpang sekaki apa sebenarnya yang sedang berlaku disitu.

Kemudian orang yang berpakaian serba hijau yang kononnya mendapat sokongan kempen hijau, mengambil data pengunjung sebagai tanda sokongan kepada kempen mereka. Selepas mengisi borang saya mendengar suara daripada orang koshiba yang orang itu ditawarkan baucher diskaun sebanyak RM500 untuk mendapatkan penapis air mereka. Kemudian salah seorang ahli koshiba ni akan menghubungi boss mereka yang entah dimana, kemudian orang-orang koshiba ni akan memaklumkan pelanggan mendapat hadian bernilai sekian-sekian tetapi untuk mendapatkan hadiah itu kena beli barang mereka terlebih dahulu.. sebijik macam aowa... Ellehhh..rupanya promosi penapis air.

Selepas meneliti pergerakan mereka, modus operandi mereka sama seperti aowa. Teknik lama untuk mempromosikan produk mereka. Isi borang kemudian dapat hadiah. Pada hemat saya, orang koshiba ni mengambil data daripada pengunjung untuk tujuan menipu seperti menghubungi mereka pada bila-bila masa atau menggunakan nama mereka sebagai pembeli produk mereka kepada pengunjung baru.

Ketika saya beredar daripada boot koshiba, saya ternampak satu insiden dimana seorang perempuan begitu marah dengan orang-orang koshiba kerana memperdayanya kononnya kempen hijau tetapi mengambil datanya untuk tujuan menipu. Perempuan tu juga menyebut nama-nama yang sudah ditipu oleh koshiba. Perempuan itu juga saya dengan mengugut akan membawa abangnya yang bekerja sebagai polis untuk mendapatkan semula datanya yang tidak mahu diberikan oleh orang-orang koshiba. Namun saya dengar salah seorang koshiba cakap dia tak takut dengan polis...hebat orang koshiba ni..

Sah.. daripada insiden yang saya nampak, koshiba yang berselindung sebagai pendukung kempen hijau sebenarnya penipu. Saya menulis entri ini supaya mereka yang belum tahu modus operandi koshiba dapat berhati-hati supaya tidak tertipu seperti yang berlaku kepada perempuan malang tersebut.

Nampak koshiba jangan layan...Meraka adalah penipu.

Post a Comment