Hari ini buka email, dapat email daripada telekom. Ingatkan minta bayar bil lagi, rupanya promosi webe. Webe? apa itu webe? tidak pernah dengar sebelum ini. Ohh ini mungkin sistem autoresponder milik telekom, dalam hati saya. Dalam laman web webe yang saya layari memaparkan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2016. Ada ditulis data, call dan sms, saya agak ia satu telekomunikasi baharu.

Saya mencari maklumat webe di google dan mendapati webe ini sudah lama berada di pasaran tetapi mengapa 30 September 2016 baru pelancaran. Penjenamaan semula?

Menurut info yang saya peroleh, Webe  dijangka menjadi pemain terbaru arena jalurlebar di Malaysia. Berita ini saya peroleh dari Lowyat.net, dan beberapa blogger tempatan.

Menurut Lowyat.net mereka menemui satu laman web yang dikatakan laman yang bakal dilancarkan Webe kelak. Laman web tersebut mengandungi segala maklumat tentang pelan yang bakal webe lancarkan. Tetapi laman tersebut telah ditutup, dan maklumat yang ditemui, didapati menerusi Google Cache. Beberapa hari ini ia muncul semula yang anda boleh layari di https://www.webe.com.my



Laman web yang sudah boleh dilayari tetapi tidak memaparkan maklumat yang banyak selain menyatakan tarikh pelancaran laman web webe. Pastinya 30 September itu merupakan tarikh pelancaran yang ditunggu-tunggu semua. Bagi mereka yang mahu menggunakan rangkaian baharu ini, tarikh keramat ini akan dicatat dalam diary masing-masing kerana tidak mahu terlepas mendapatkan nombor yang menarik.

Sama-sama kita menanti 30 September. Semoga tawaran yang bakal ditawarkan oleh Webe sesuatu yang menarik dan berbaloi untuk dimiliki.

Update :
webe kini dijenamakan semula dengan nama baru unifi mobile yang terdapat dalam dua pakej iaitu pasca bayar dan pakej bebas. Maklumat lanjut layari laman web unifi.

1 Comments

Post a Comment