Saturday, 21 March 2015

Broadband TMgo

 

Hujung minggu lepas pihak Telekom Malaysia cawangan Tawau telah mengadakan promosi produk mereka dekat Giant Tawau. Igufran tidak ketinggalan mengunjungi kiosk mereka. Dalam kunjungan tersebut, igufran tertarik dengan salah satu produk Telekom iaitu Broadband TMgo. Pakej Streamyx langsung tidak dipandang kerana igufran sudahpun melanggan streamyx.

Apa sebenarnya TMGO ini?. TMgo merupakan perkhidmatan jalur lebar terkini ( di Tawau ) tanpa wayar yang hadir dengan sokongan 4G LTE. Melalui laman rasmi TMgo yang telah diterbitkan TM, mereka melabelkan TMgo sebagai penyedia rangkaian jalur lebar 4G sebenar, menawarkan kelajuan sehingga 20MBps, serta rangkaian yang stabil. Melalui TMgo, anda boleh menikmati kelajuan yang lebih pantas daripada 3G sehingga 20Mbps, sambungan jalur lebar talian tetap walau di mana anda berada.

Igufran sudah mencuba TMgo di kiosk mereka dengan melayari TV online kegemaran igufran dan boleh dikatakan ia jauh lebih baik berbanding dengan Celcom Broadband yang sedang igufran guna. Oleh itu igufran mengambil keputusan menempah salah satu pakej TMgo. Produk belum dapat sebab kehabisan stok. Harap ia berbaloi untuk telefon pintar.

Pengenalan pakej TMgo ini , antara perkara yang diberi tumpuan pengguna ialah prestasi dan harga pakej yang ditawarkan. TMgo hadir dalam bentuk pra bayar. Ini membolehkan pengguna tidak tertakluk kepada sebarang kontrak dan komitmen bulanan. Pengguna hanya bayar kuota yang digunakan sahaja.

Terdapat dua adapter yang ditawarkan oleh TMgo iaitu sambungan USB dan 4G Mobile Router yang merupakan mifi yang boleh digunakan  sehingga 10 peranti secara serentak.

Pakej TMgo

Pakej 4G Mobile Adapter
  • Kad SIM
  • 4G Mobile Adapter
  • Percuma 2GB kuota sedia ada
  • Percuma Kuota Bonus Super sebanyak 500MB x 6 bulan
  • Sah selama 30 hari
  • Harga pengenalan RM 115

Pakej 4G Mobile Router
  • Kad SIM
  • 4G Mobile Router
  • Percuma 2GB kuota sedia ada
  • Percuma Kuota Bonus Super sebanyak 500MB x 6 bulan
  • Sah selama 30 hari
  • Harga pengenalan RM 315
Untuk makluman lanjut tentang TMgo, sila kunjungi kedai TMPoint terdekat kediaman anda.



Sila Share Jika Suka Entri Ini

Friday, 20 March 2015

Khasiat Minyak Kelapa Dara Pure - VCOP

Sebelum ini igufran ada menulis entri tentang khasiat Minyak Kelapa Dara Pure dan sekali lagi igufran menulis berkaitan khasiat Minyak Kelapa Dara Pure sebagai tambahan maklumat entri sebelum ini. Maklumat ini igufran perolehi daripada bio-asli yang disertakan bersama dalam bungkusan kelapa dara yang igufran pesan baru-baru ini.



Dari hasil penyelidikan dan kajian saintifik yang telah dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids, memberikan manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut.

Kecantikan Luaran :
  • Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.
  • Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yang lain.
  • Jika disapu ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriosis, eksim dan dermatitis.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.
Kesihatan Dalaman :
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental dan fizikal ( Atlit sukan USA dan Eropah ramai menggunakannya ).
  • Memperbaiki sistem pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stree pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.
  • Mengurangkan kesakitan masalah pencernaan dan cystic fibrosis.
  • Meningkatkan penyerapak kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Memperbaiki kerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolesterol yang tinggi pada darah.
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh :
  •  Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan tubuh, melindungi tubuh dari kanser payu dara, kanser colon dan lain-lain.
  • Berfungsi sebagai anti oksidan serta mengurangkan radang kronis.
  • Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang mempercapatkan kadar penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredahkan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign prostatic hyperplasia ( pembesaran prostate ).
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak lain.
Membunuh Virus, Bakteria Dan Kulat :
  • Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpers.
  • Membunuh bakteria yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis, dan gonorrhea.
  • Membunuh kulat yang menyebabkan  candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain.
  • Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardie, dan perasit.
Hubungan Suami Isteri :
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang ( elastik )
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur serta bertindak sebagai agen pelincir alami ( natural )
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit pada kemaluan ( seperti keputihan )

 Untuk makluman lanjut sila lawati website bio-asli.com
Sila Share Jika Suka Entri Ini

Thursday, 19 March 2015

Pos Laju yang lembab

Berbicara tentang perkhidmatan Pos Laju ini, sebenarnya igufran begitu marah dengan perkhidmatan Pos Laju ni. Bagaimana iguran tidak marah, perkhidmatannya tidak sepadan dengan namanya.

Tahun lepas iguran sangat terkejut apabila bungkusan saya dihantar ke Sandakan. Iguran hubungi pihak Pos Laju dan mereka berjanji akan mengurus penghantaran semula bungkusan tersebut. Pihak mereka tidakpun minta maaf kepada igufran walaupun igufran tidak mengharapkannya.

Bulan lepas iguran membeli buku secara atas talian. Tunggu punya tunggu tidak muncul. Sudah seminggu tidak juga muncul-muncul. Igufran trace status bungkusan igufran. Alangkah terkejutnya igufran bungkusan tersebut sudah lama terperap di Lahad Datu. Dengan jiwa raga yang marah, igufran menghubungi pihak Pos Laju. Awek yang menyambut panggilan igufran dengan sombongnya mengatakan pihak mereka tidak silap. Dia salahkan pihak pengirim yang salah tulis alamat dengan betul. Dia meminta igufran emailkan bukti pengiriman. Saya percaya dengan pihak  penghantar kerana ini bukan kali pertama saya membeli buku dengan mereka. igufran menyusahkan Badan Book Store dengan meminta mereka emailkan resit penghantaran. Servis Badan Book Store memang kelas terbaik. Tidak sampai 5 minit igufran menerima salinan penghantaran dan terus igufran email kepada Pos Laju. Sebaik sahaja igufran hantar email, igufran dapat pula email autoresponder pos laju yang menyatakan email igufran akan dibalas dalam 3 hari. Bikin panas..Serta merta saya hubungi Pos Laju. Kali ni igufran di sambut oleh lelaki budiman. Pendek kata lelaki ini bagus, bukan macam awek yang pertama sambut panggilan igufran. Mungkin awek tu takut igufran mengurat dia atau dia datang haid. Dipendekkan cerita, dua hari kemudian igufran menerima bungkusan. 8 hari kemudian igufran menerima email permohonan maaf daripada Pos Laju. Bukan 3 hari tetapi 8 hari kemudian.

Itu bab salah destinasi. Kalau bab Pos Lambat melakukan penghantaran sudah berkali-kali. Rugi saja bayar mahal-mahal tetapi tidak sampai mengikut kadar bayaran. Pembohong punya Samy Vellu. Dia pernah cakap hari ini pos kemarin sudah sampai. Bila Pos Laju benar-benar laju pun tidak pasti lagi. Tapi kalau di jalan raya, igufran akui van Pos Laju sangat laju macam dipandu oleh syaitan.


Sehingga igufran selesai menulis entri ini, igufran belumpun menerima bungkusan di atas. aduhaiiii nasib badan.


Sila Share Jika Suka Entri Ini

Saturday, 14 March 2015

Hala tuju selepas SPM?

Bersama DJ Era Sabah..

Keputusan SPM sudah dikeluarkan! Selepas mendapat keputusan SPM, di saat itulah yang menentukan hala tuju kita sama ada ingin memilih untuk menyambung persekolahan ke tingkatan enam atau atau ke peringkat sijil dan diploma di universiti. Sesetangah orang juga memilih untuk bekerja. Ada yang mendapat keputusan yang tidak berapa memuaskan.

Kalau keputusan SPM kamu tidak berapa memuaskan, jangan kecewa dan putus asa. Terdapat banyak lagi peluang di luar sana. Banyak kerjaya yang boleh kita pilih bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah kemahiran ataupun bakat seni juga boleh diketengahkan.

Contohnya Zizan keluaran rancangan realiti Astro Maharaja Lawak Mega. Zizan sendiri mengakui yang beliau hanya berkelulusan SPM. Tapi dengan bakat yang ada dalam dirinya dan usaha yang tidak pernah berputus asa. Sekarang Zizan berjaya menjadi orang yang berjaya dan senang. Memiliki empayar syarikat dan perniagaan sendiri.

Begitu juga pengalaman yang terjadi dengan diri saya. Saya mengembangkan bakat nyanyian yang ada dalam diri saya sehingga saya terpilih menjadi salah seorang peserta dalam rancangan realiti nyanyian Astro The Band pada tahun 2014. Masa ini, saya banyak terdedah dengan kerjaya dalam bidang hiburan dan produksi sedikit sebanyak saya dapat menambahkan pengetahuan saya dalam bidang hiburan.

Di samping mempunyai bakat menyanyi, saya juga memiliki kemahiran berkomunikasi. bakat ini saya kembangkan dengan bergaul ramai golongan tidak kira tua atau muda. Bakat ini juga saya asah dengan menjadi pengacara majlis. Dengan bakat yang saya ada ini, saya memilih untuk masuk dalam bidang radio dan menjadi penyampai radio. Saya bersyukur kerana karier yang diceburi ini memberi peluang kepada saya untuk mengeksplorasi bakat yang ada seluas-luasnya malah bertemu dengan pelbagai individu.

Kesimpulannya, tidak kira apapun kerjaya yang kamu pilih dalam hidup kamu selagi kamu yakin dan tidak pernah berputus asa kejayaan akan pasti dapat diraih. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Kalau kita tidak berjaya dalam bidang pendidikan. Kita juga boleh berjaya dengan bakat atau kemahiran yang kita ada untuk berjaya dijadikan sebagai kerjaya. Percaya pada kebolehan dan bakat pada diri kamu terus berjuang untuk masa depan dan orang tua mu.-UtusanBorneo


Mengenali minat seseorang tidak mudah. Steve Jobs, CEO dan pengasas bersama Apple, tidak tamat kolej serta mengecewakan ibu bapanya kerana "tidak tahu apa apa yang dia cari dalam hidup dan bagaimana kolej boleh membantunya membina kehidupan." Steve pada mulanya bekerja di Atari untuk menyimpan duit melancong ke India demi "mencari minatnya". Di India, dia menghabiskan masa dengan persekitaran dan mengenali Tuhan serta mengenali dirinya. Malah, Steve menyarankann ini kepada sesiapa saja yang baru tamat sekolah menengah:

"Saya fikir anda perlu cari kerja jadi konduktor bas atau apa saja sampailah anda jumpa apa yang anda minat. Saya percaya apa yang membezakan usahawan yang berjaya dengan mereka yang tidak berjaya ialah kesebaran. Ia memang tidak mudah. Anda mengabadikan hidup dalam sesuatu perkara. Adakalanya halangan datang dan saya fikir kebanyakan orang menyerah diri. Tanpa minat yang mendalam, seseorang itu tidak akan bertahan. Orang itu akan menyerah diri. Jadi, anda perlu ada idea atau masalah atau kesilapan yanganda benar-benar  ingin betulkan. Jika tidak, anda tidak akan ada kekuatan untuk bertahan. Saya rasa itulah separuh daripada perjuangan."


Sila Share Jika Suka Entri Ini

Monday, 9 March 2015

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.



KETERANGAN
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

KHASIAT MINYAK KELAPA DAR
  • Menghilangkan parut jerawat dan stretch mark bagi wanita yang hamil
  • Tiada masalah keputihan ketika hamil.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolisma.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
  • Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.
  • Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
  • Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
  • Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
  • Memperlambatkan proses menopaus bagi wanita.




Sila Share Jika Suka Entri Ini