Portal Online Shopping Yang Boleh Dipercayai Di Malaysia

Anda pernah mendengar kaki shopping internet mendapat bungkusan berupa batu, replika produk atau mendapat mainan kanak-kanak walhal bukan benda itu yang dibeli? Ini semua merupakan kes-kes penipuan di internet. Penjual menjual benda yang tidak wujud maka apabila ada pembeli melakukan pembayaran, pembeli akan dihantarkan benda yang bukan-bukan.

Kebanyakan kes berlaku kerana kaki shopping salah lokasi membeli belah dalam talian. Maka dengan itu adalah penting bagi kaki shopping online agar memilih portal yang betul bagi mengelakkan penipuan. Portal yang dipercayai mempunyai terma dan syarat yang jelas serta melindungi pengguna. Ini adalah kerana mereka mahu menjalankan bisnes yang panjang dan bukannya dalam jangka masa yang pendek.

Portal online shopping yang beroperasi secara sah iaitu berdaftar dengan SSM boleh diyakini seratus peratus. Namun terdapat kes-kes terpencil yang menjadi rungutan kaki shopping atas talian seperti barang tiruan. Namun kes ini sebenarnya boleh diselesaikan jika kaki shopping berkomunikasi dengan penjual sebelum mengambil keputusan melakukan pembayaran. Itulah perkara yang saya wajib saya lakukan apabila membeli belah dalam talian.

Beberapa tips bagi memastikan portal beli belah online selamat untuk berurusan atau tidak. Antaranya portal mempunyai nama syarikat, alamat syarikat, mempunyai telefon untuk dihubungi. Selain itu portal mempunyai terma yang jelas seperti jaminan pengembalian barang yang rosak. Paling penting mesti berdaftar dengan SSM. Review daripada pengguna juga tidak boleh diabaikan jadi rajin-rajin godek-godek di google sebelum buat pembelian.

Bagi memudahkan anda, di sini saya senaraikan portal online shopping yang terkenal dan boleh dipercayai di Malaysia. Anda tidak perlu meragui portal ini kerana ia mendapat review yang bagus walaupun terdapat bilangan kecil kaki shopping yang meluahkan perasaan marah kepada beberapa portal berkenaan. Pastinya ia juga merupakan tumpuan bagi diri saya sendiri, dan kawan-kawan lain.

Mari layan...
  • Lazada – Portal online shopping yang lebih kepada pakaian, elektronik, kecantikan dan sebagainya.
  • Hermo – Portal online shopping yang lebih kepada fashion dan juga pakaian
  • Lelong – Portal online shopping daripada pakaian, elektronik, hobi dan sebagainya
  • Qoo10 – Portal online shopping untuk fashion, kecantikan, digital dari luar negara.
  • Adidas – Portal online shopping menjual barangan berupa pakaian sukan jenama adidas
  • Poplook – Portal online shopping mewah berjenama yang lebih kepada barangan wanita
  • Sporstdirect – Portal online shopping yang menjual pelbagai jenama pakaian sukan.
  • Shopee – Portal Online Shopping yang mejual pelbagai kategori barangan.
Ini adalah antara senarai portal online shopping di Malaysia yang boleh di percayai. Terdapat banyak lagi portal lain yang anda boleh google.

Jangan layan..

Elakkan berurus niaga di mudah.my atau di ruang forum kecuali anda berjumpa dengan penjual. Sudah ramai rakyat Malaysia mengalami kerugian kerana berurusan dengan mereka ditempat yang salah.


Post a Comment