Tip Menghindari Stress Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat

TABIAT DIET YANG TETAP

Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.

AMBIL DIET SEIMBANG

Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.

KURANGKAN GULA

Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.

BERHENTI DARI PENGAMBILAN ALKOHOL

Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.

KEPERLUAN VITAMIN DAN MINERAL MELALUI DIET SEIMBANG

Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.

PENGGUNAAN BAHAN MAKANAN YANG PROBIOTIK

Pengambilan bahan makanan yang mengandungi 'lactobacillus acidhophitis' dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

KEKALKAN BERAT BADAN

Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.

HENTIKAN TABIAT MEROKOK

Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.


Post a Comment