1. Sokongan kalis air

Kini pengguna boleh menggunakan iPhone ketika hujan tanpa risau akan telefon pintar mereka akan rosak. Ia kini hadir dengan piawaian IP67 yang menawarkan perlindungan daripada air dan juga debu.

2. Rekaan dengan lima pilihan warna

Dari segi rekaan, ia menggunakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 6 sebelum ini, tetapi tidak memaparkan garisan antenna seperti sebelumnya. Ia kini ditawarkan dalam lima pilihan warna, termasuk yang paling baru adalah Jet Black yang ditawarkan hanya untuk model 128GB dan 256GB sahaja.

3. Butang Home diberi nafas baharu

Butang Home pada iPhone sebelum ini adalah lebih kepada bentuk yang boleh ditekan dan membawa kepada kerosakan selepas digunakan dengan kerap. Mengatasi masalah ini, kini Apple menyertakan butang Home dengan rekaan statik, yang dijana menggunakan Taptic Engine dalam memberikan tindak balas seumpama menekan butang.

4. Dwi-Kamera bahagian belakang

Pada iPhone 7, ia mengekalkan penggunaan kamera 12-megapixel seperti biasa, sebaliknya pada iPhone 7 Plus, ia hadir dengan sokongan dwi-kamera. Ini membolehkan pengguna membuat rakaman dengan lebih jelas, termasuk kemampuan zoom dan juga mengaburkan bahagian latar ketika merakamkan gambar.

5. Tiada lagi Audio-Jack

Apple melalui iPhone 7 telah 'membunuh' port untuk audio. Namun sebagai ganti, port Lightning telah diperkenalkan. Walaupun terdapat banyak kelebihannya, pengguna kini terpaksa melupakan tabiat mendengar lagu sambil mengecas telefon.

6. Storan asas bermula 32GB

Akhirnya, selepas sekian lama, kini Apple telah membuang model asas dengan 16GB, sebaliknya kini versi paling asas hadir dengan pilihan 32GB.

7. Speaker stereo dengan lebih kuat

Pada iPhone 7, kini Apple menyertakan sokongan speaker stereo yang baharu, menawarkan bunyi lebih dua kali ganda kuat berbanding sebelum ini. Penggunaan stereo speaker ini turut membawa kepada kualiti panggilan yang lebih tinggi melalui speakerphone.

8. Kualiti rakaman lebih baik

Kehebatan iPhone baharu ini adalah sensor belakang 12-megapixel dan sensor hadapan 7-megapixel. Bahagian belakang turut menawarkan integrasi Quad-LED yang menawarkan pencahayaan 50% lebih jelas berbanding iPhone 6s.

9. Kuasa pemprosesan berganda

Apple buat pertama kalinya menggunakan cip pemprosesan empat-teras pada iPhone 7 melalui Apple A10 Fusion. Ia kini menawarkan kuasa pemprosesan dua kali ganda dan pengoptimuman yang menjimatkan tenaga bateri untuk masa penggunaan lebih lama.

10. Sistem Operasi iOS 10

Sistem ini menawarkan sejumlah ciri-ciri baharu, termasuk pengenalan papan kekunci pintar baharu, sokongan integrasi aplikasi pada siri, integrasi pembelajaran pintar pada aplikasi seperti Apple Photos, dan sejumlah fungsi baharu lain.

(sumber: Amanz.my)

Post a Comment