Bagi yang belum mendapatkan air cooler, fikirkan masak-masak sama ada perlu atau tidak bagi anda untuk mendapatkan air cooler. Semasa saya menulis post ini musim El Nino memang panas melampau.

Air cooler bukan Aircond. Sebab itu air cooler tidak banyak menggunakan banyak tenaga berbanding aircond. Itu bukan kajian saya tetapi cuma andaian peribadi saya sebagai pengguna baharu air cooler. Saya baru sahaja sebulan lebih menggunakan air cooler dan bil elektrik tidak melambung tinggi. Saya ada aircond yang hanya digunakan pada waktu malam, sementara air cooler saya guna pada waktu siang sahaja. Tidak dapat dinafikan aircond jauh lebih bagus tetapi air cooler lebih bagus daripada kipas berdiri.

Seperti yang saya katakan di atas cuaca di tempat saya sangat panas. Kalau siang malam guna aircond, bil elektrik saya pasti sampai tiga kaki panjangnya. Nak guna kipas siling pun tak mapan melawan panas. Budak-budak buat kerja sekolah pun tidak selesa. Budak kecil merengek terus sebab kepanasan.

Cerita dengan kawan-kawan, rupanya mereka sudah lama menyelesaikan masalah panas melampau dengan membeli air cooler. Semua menceritakan review yang bagus walaupun tidak setanding dengan aircond. Menurut rakan, kalau hendak beli air cooler pastikan yang boleh kasi masuk ais.

Sebab itu saya mengambil keputusan mendapatkan air cooler walaupun harganya sedikit mahal berbanding kipas berdiri. Selepas sebulan lebih menggunakan air cooler...( dalam perenggan kedua itulah yang saya simpulkan tentang air cooler.)

Bagaimana dengan anda yang belum mendapatkan air cooler? masih mahu bertahan menggunakan kipas berdiri? atau jika ada wang lebih boleh menggunakan aircond.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh pergi ke kedai-kedai elektrik berdekatan sebab mereka lebih pakar dalam hal ini. Ada demo juga di sana bagi merasai sendiri bayu air cooler ni. Kalau hendak membeli secara online saya cadangkan di Lazada Malaysia sebab kos penghantaran sangat berpatutan berbanding dengan GoShop.

Akhir sekali tentu ada yang bertanya sama ada air cooler  berbahaya atau tidak. Saya tidak berani untuk memberikan ulasan tentang ini kerana saya bukan pakar. Namun semasa saya mendapatkan air cooler, saya mendapatkan pandangan daripada tokey tempat saya membeli air cooler. Saya cuma dinasihatkan agar air cooler itu tidak terus menghala ke tubuh badan.



Kalau nak buat air cooler sendiri, boleh tengok DIY air cooler di Youtube.

Post a Comment