Berkelah bersama keluarga merupakan satu amalan yang baik. Melalui aktiviti berkhemah keluarga dapat bersantai bersama seterusnya dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Ada orang cakap aktiviti berkelah dapat merehatkan fikiran. Apabila ada kelapangan igufran membawa keluarga pergi berkelah sama ada di tepi pantai mahupun di kawasan air terjun. Igufran dan keluarga akan berada seharian di lokasi dan ada kalanya pergi berkhemah yang memerlukan sekeluarga bermalam. Anak-anak sememangnya sangat teruja apabila membawa mereka pergi berkelah. Ini adalah masa terbaik untuk bersama keluarga. Apabila mereka dewasa, anak-anak akan pergi mengikut haluan masing-masing.

Sebelum pergi berkelah, persediaan teliti wajib dilakukan kerana persediaan yang baik akan membolehkan perkelahan keluarga akan diakhiri dengan kegembiraan. Oleh itu persediaan rapi sebelum bertolak perlu dilakukan termasuklah membawa peralatan yang sewajarnya. Anda boleh google jika masih belum mendapat idea yang perlu untuk dibawa. Kebanyakan alatan ini boleh diperolehi di supermarket. Jika tidak ada di supermarket boleh membelinya dalam talian seperti di Shopee MY,  juga Lazada dan di DIY.

Berikut merupakan barang keperluan yang biasa igufran bawa setiap kali pergi berkelah mahupun pergi kerkhemah. Kalau ada tambahan, anda bolehlah tulis diruang komen..

1. Meja lipat

2. Khemah

3. Lantern jika bermalam

4. Tikar

5. Bekas makanan

6. Sudu / garfu

7. Makanan segera

8. Makanan tin

9. Lampu suluh jika bermalam

10. Parang / pisau

11. Balerang jika bermalam

12. Masteen

13. Portable gas



Cuti sekolah nanti berkelah lagi di kawasan air terjun di kampung..

Post a Comment