Salam sejahtera

Post saya kali ini adalah untuk share dengan anda semua iaitu ujian komputer JPJ. Ujian Komputer JPJ ini khas untuk adik-adik yang baru nak ambil lesen memandu sama ada kereta atau motosikal.

Sebelum adik-adik belajar memandu, adik-adik kena duduk kuliah terlebih dahulu kemudian kena duduk ujian pula. Dulu masa igufran ambil lesen memandu, ujian macam duduk peperiksaan UPSR. Jawapan kena hitamkan. JPJ mengikut peredaran zaman, JPJ kini memperkenalkan ujian memandu menggunakan komputer. Mertua saya duduk sekali sahaja dahulu dengan bantuan contoh ujian Komputer ini.

Ujian ini bukan igufran yang sediakan tetapi igufran jumpa di blog orang lain jadi igufran share di blog igufran pula. Adik-adik boleh download dan buatlah ulangkaji di rumah. Ada kawan mengatakan ujian JPJ sekarang sudah berubah tetapi mungkin yang berubah cuma formatnya sahaja. Perlu faham, undang-undang jalan raya belum lagi berubah. Kalau berubah, semua yang ada lesen pun kena duduk semula ujian komputer.

Jadi tanpa membuang masa download contoh ujian komputer ambil lesen memandu di sini.



Post a Comment