Sebentar tadi igufran menerima whatsapp daripada sahabat iaitu gambar yang menunjukkan sebuah kereta JPJ parkir di tempat yang tidak sepatutnya. Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian ini tetapi lokasi itu tidaklah penting sangat. Kalau ditengok dalam gambar ini, kereta JPJ parkir di tempat yang dikhaskan untuk OKU. Tidak pasti kalau kereta JPJ ini menurunkan penumpang yang kebetulan OKU. Sebaliknya jika sekiranya pegawai ini meletakkan atas sebab mahu hidup senang sahaja, dia patut malu pada diri sendiri. Pegawai ini sudah tentu seorang yang ada pendidikan jadi dia tahu mana satu salah dan betul. Apapun pegawai ini juga merupakan manusia biasa sahaja tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Bayangkan jika orang awam yang melakukan perkara yang sama, sudah pasti sudah dibagi surat saman. Pegawai JPJ siapa nak berani saman? Orang awam tidak ada kuasa menyaman, polis traffik ada berani atau sekadar tutup mata?

Igufran harap ini cuma gambar palsu yang diedit oleh mereka yang nakal dan tidak senang hati dengan pegawai JPJ.






Post a Comment