Sudah tiga minggu saya menggunakan perkhidmatan TMgo dan boleh dikatakan saya sangat berpuas hati dengan TMgo. Saya berharap perkhidmatan TMgo sentiasa yang terbaik berbanding dengan syarikat Telco yang lain.

TMgo terlaris di Tawau Sabah. Saya menunggu giliran yang panjang untuk mendapatkan modem TMgo. Saya sudah lupa berapa lama saya menunggu kehadiran TMgo saya.  Kini sedikit cerita pengalaman daripada saya berkaitan dengan TMgo ini.

Seperti yang saya katakan awal tadi, saya berpuas hati dengan TMgo. Saya menggunakan aplikasi speedtest untuk melihat kemampuan TMgo. Berdasarkan bacaan yang diperolehi, download 19 mbps dan upload 5mbps. Pada kebiasaannya dalam kedudukan begitu.

Tengok video di youtube memamg puas hati. Tidak ada sangkut-sangkut. Cuma kalau menonton video memang guna data yang banyak. Oleh itu elakkan menonton video kerana ia membazir data anda. Saya menggunakan TMgo untuk baca berita di internet sahaja dan mencari peluang-peluang menjana pendapatan di internet.

Dua perkara yang saya tidak suka dengan TMgo. Pertama bateri terlalu cepat habis, lebih-lebih lagi kalau menonton video. Oleh itu kena sedia power bank dalam beg. Perkara kedua ialah tidak boleh sembunyikan password modem mifi.Kalau ada seseorang belek-belek modem mifi, dia boleh tengok password mifi tersebut. Saya tidak pasti jika ia bergantung kepada jenama mifi. Pakej TMgo yang saya dapat ini menggunakan modem 4G Huawei.

Buat pengguna di Tawau, anda selesa menggunakan perkhidmatan TMgo walaupun anda duduk di Balung Tawau. Malang bagi penduduk Taman Megah Jaya, walaupun cuma 4 KM dari bandar, servis TMgo sangat kongkang. Aduhai...

1 Comments

Post a Comment