Baru-baru ini pendrive igufran kena serangan virus maut yang diperolehi daripada komputer rakan. Akibatnya semua folder dalam pendrive igufran tidak kelihatan sebab disembunyikan oleh sang virus. Mujurlah sebelum ini igufran ada menulis panduan cara-cara unhide folder yang disebabkan oleh virus. Oleh itu igufran menjadikan ia sebagai rujukan. Folder berjaya ditampilkan tetapi muncul pula masalah baru iaitu kesemua fail tersebut dikumpul dalam FOUND.000 dan dokumen dalam folder itu pula telah bertukar format kepada CHK. Bingung igufran sebab terdapat dokumen penting dalam situ.

Igufran melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali dokumen supaya kembali kepada keadaan asal. Ini termasuklah menggunakan Stellar Phoenix Windows Data Recovery dan Recuva namun usaha sia-sia sahaja. Perisian ini hanya memaparkan nama-nama fail tetapi tidak boleh mengembalikannya kepada keadaan asal. Software ini sebenarnya hanya untuk recover data yang hilang disebabkan terdelete.

Akhirnya igufran google cara recover fail CHK dan mendapat jawapannya. Fail ini bertukar sedemikian kerana adanya kerosakan semasa mencabut pendrive tersebut. Mungkin ia terjadi kerana igufran tidak menggunakan fungsi " Remove Safely USB"semasa mencabut pendrive.

Punca sudah pun dikatahui jadi penyelesaian masalah juga semakin mudah. Hasil daripada carian di google, akhirnya igufran mendapat jawapan. Hanya menaip " How to recover the Folder.000 from .chk files", igufran sudah mendapat jawapan yang diperlukan.

Igufran tidak menyatakan cara recover fail CHK di FOUND.000. Jika anda mengalami masalah yang serupa dengan igufran jangan risau. Masalah anda mungkin dapat diselesaikan. Anda boleh mendapatkan software untuk recover Fail CHK di sini. Anda juga akan diberikan panduan cara menggunakan perisian ini.

Selamat mencuba...


Post a Comment