Bersama DJ Era Sabah..

Keputusan SPM sudah dikeluarkan! Selepas mendapat keputusan SPM, di saat itulah yang menentukan hala tuju kita sama ada ingin memilih untuk menyambung persekolahan ke tingkatan enam atau atau ke peringkat sijil dan diploma di universiti. Sesetangah orang juga memilih untuk bekerja. Ada yang mendapat keputusan yang tidak berapa memuaskan.

Kalau keputusan SPM kamu tidak berapa memuaskan, jangan kecewa dan putus asa. Terdapat banyak lagi peluang di luar sana. Banyak kerjaya yang boleh kita pilih bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah kemahiran ataupun bakat seni juga boleh diketengahkan.

Contohnya Zizan keluaran rancangan realiti Astro Maharaja Lawak Mega. Zizan sendiri mengakui yang beliau hanya berkelulusan SPM. Tapi dengan bakat yang ada dalam dirinya dan usaha yang tidak pernah berputus asa. Sekarang Zizan berjaya menjadi orang yang berjaya dan senang. Memiliki empayar syarikat dan perniagaan sendiri.

Begitu juga pengalaman yang terjadi dengan diri saya. Saya mengembangkan bakat nyanyian yang ada dalam diri saya sehingga saya terpilih menjadi salah seorang peserta dalam rancangan realiti nyanyian Astro The Band pada tahun 2014. Masa ini, saya banyak terdedah dengan kerjaya dalam bidang hiburan dan produksi sedikit sebanyak saya dapat menambahkan pengetahuan saya dalam bidang hiburan.

Di samping mempunyai bakat menyanyi, saya juga memiliki kemahiran berkomunikasi. bakat ini saya kembangkan dengan bergaul ramai golongan tidak kira tua atau muda. Bakat ini juga saya asah dengan menjadi pengacara majlis. Dengan bakat yang saya ada ini, saya memilih untuk masuk dalam bidang radio dan menjadi penyampai radio. Saya bersyukur kerana karier yang diceburi ini memberi peluang kepada saya untuk mengeksplorasi bakat yang ada seluas-luasnya malah bertemu dengan pelbagai individu.

Kesimpulannya, tidak kira apapun kerjaya yang kamu pilih dalam hidup kamu selagi kamu yakin dan tidak pernah berputus asa kejayaan akan pasti dapat diraih. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Kalau kita tidak berjaya dalam bidang pendidikan. Kita juga boleh berjaya dengan bakat atau kemahiran yang kita ada untuk berjaya dijadikan sebagai kerjaya. Percaya pada kebolehan dan bakat pada diri kamu terus berjuang untuk masa depan dan orang tua mu.-UtusanBorneo

Mengenali minat seseorang tidak mudah. Steve Jobs, CEO dan pengasas bersama Apple, tidak tamat kolej serta mengecewakan ibu bapanya kerana "tidak tahu apa apa yang dia cari dalam hidup dan bagaimana kolej boleh membantunya membina kehidupan." Steve pada mulanya bekerja di Atari untuk menyimpan duit melancong ke India demi "mencari minatnya". Di India, dia menghabiskan masa dengan persekitaran dan mengenali Tuhan serta mengenali dirinya. Malah, Steve menyarankann ini kepada sesiapa saja yang baru tamat sekolah menengah:

"Saya fikir anda perlu cari kerja jadi konduktor bas atau apa saja sampailah anda jumpa apa yang anda minat. Saya percaya apa yang membezakan usahawan yang berjaya dengan mereka yang tidak berjaya ialah kesebaran. Ia memang tidak mudah. Anda mengabadikan hidup dalam sesuatu perkara. Adakalanya halangan datang dan saya fikir kebanyakan orang menyerah diri. Tanpa minat yang mendalam, seseorang itu tidak akan bertahan. Orang itu akan menyerah diri. Jadi, anda perlu ada idea atau masalah atau kesilapan yanganda benar-benar  ingin betulkan. Jika tidak, anda tidak akan ada kekuatan untuk bertahan. Saya rasa itulah separuh daripada perjuangan."

1 Comments

  1. Terokai bidang pertanian dan kemahiran. Banyak potensi disitu..

    ReplyDelete

Post a Comment