Salam hormat semua. Makluman kepada calon yang telah mengemukakan permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2015, murid-murid boleh membuat semakan status keputusan permohonan pada minggu depan iaitu minggu ketiga bulan Disember 2014.

Tarikh sebenar keputusan semakan keputusan kemasukan ke sekolah kawalan akan diumumkan di Portal Rasmi KPM menerusi ruangan pemberitahuan yang terdapat pada portal tersebut

Semakan status permohonan boleh dibuat melalui laman KPM di public.moe.gov.my

Semakan keputusan kemasukan ke sekolah kawalan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menggunakan format seperti berikut :

Taip: MOE (jarak) SKKAWALAN (jarak) Angka Giliran UPSR

Contoh:  MOE SKKAWALAN ZZ0000001 hantar ke 15888


Sebarang maklumat sila layari www.moe.gov.my




Post a Comment