Di Malaysia ni macam-macam benda bocor. Parlimen bocor, bangunan kerajaan bocor, Kompleks sukan bocor, maklumat pertahanan bocor, operasi polis bocor,sempadan bocor, rahsia kerajaan bocor dan yang paling terkini soalan UPSR 2014 bocor lagi. Rasa-rasanya angkara siapa?

Mungkinkah isu bocor ini sudah berlaku sekian lama cuma tahun 2014 ini terang bersuluh kerana kecanggihan alat komunikasi. Jadi barulah KPM baru sedar akan fenomena kebocoran ini. Untung bagi yang dapat soalan bocor kerana kononnya murid-murid mereka pandai dan guru-gurunya hebat mengajar tetapi hakikatnya rupanya dibantu oleh soalan bocor. Ini dapat dibuktikan apabila ada murid yang mendapat 5A dalam UPSR tidak setanding dengan murid yang mendapat 5C apabila berada di sekolah menengah.

Soalan bocor ini adalah ciptaan KPM apabila memberikan ganjaran berupa wang kepada sekolah yang menunjukkan prestasi yang baik. Manusia mana yang tidak mahukan wang? Sedangkan ada manusia sanggup melakukan rasuah untuk mendapatkan wang malah mempertaruhkan nyawa ke tali gantung dengan mengedar dadah. Itu semua kerana wang. Berapa banyaklah manusia di Malaysia yang ada integriti???

Kebocoran kertas soalan UPSR 2014 merupakan sesuatu yang sangat memalukan di pihak Kementerian Pendidikan. Ini menunjukkan KPM tidak mempunyai SOP yang baik untuk menjaga kerahsiaan dokumen yang dianggap SULIT. Adalah tidak tepat jika guru-guru dituduh membocorkan kertas soalan peperiksaan UPSR. Boleh jadi kertas soalan UPSR ini di bocorkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga Bilik Kebal selepas menerima daripada pencetak kertas soalan tersebut. Kemudian mengedarkannya atau menjual kepada mana-mana pihak yang mahu mendapatkan ganjaran daripada kerajaan. Itu cuma pendapat igufran.


Bagi mengelakkan perkara sama berulang, pihak kementerian perlu melakukan sesuatu yang benar-benar dapat membendung isu kebocoran soalan. Ini termasuk cara pembungkusan soalan selepas dicetak oleh syarikat yang diberi tanggungjawab mencetak kertas soalan. Begitu juga dengan kawalan di kilang pencetakan kertas soalan.

Post a Comment