Semalam igufran telah mendapat maklum seorang murid Tahun 6 di SK Bahagia dilaporkan hilang. Murid itu dikenali Siti Aisyah Bt. Aziz merupakan murid Tahun 6 SK. Bahagia Tawau.

Menurut ibunya yang disebarkan dalam beberapa Group whatsapps, beliau pergi ke sekolah sekitar pukul 5.00 petang kemarin untuk mengambil anaknya. Anaknya lambat balik kerana mengikuti kelas tambahan. Setelah beberapa lama menunggu, kalibat anaknya tidak muncul mendorongnya bertanyakan murid-murid sekelas dengan anaknya. Murid sekelas anaknya memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya pulang pada waktu tengahari dengan menaiki bas kerana mengadu sakit. Walau bagaimanapun pemandu Bas Sekolahnya menafikan anaknya menaiki basnya pada tengahari.

Sesiapa yang menjumpai kanak-kanak ini sila hubungi Balai Polis Tawau.



Update Pukul 11.45

Murid yang dikatakan hilang tidak mempunyai unsur Jenayah. Murid tersebut sudah ditemui dalam keadaan selamat di rumah neneknya. Murid ini sepatutnya menghadiri kelas tambahan pada sebelah petang tetapi tidak menghadirinya kerana kesihatan yang kurang mengizinkan. Murid ini meminta dua orang rakannya menghantarnya ke perhentian bas tanpa pengetahuan pihak sekolah atau guru yang mengadakan kelas tambahan.

Menurut Guru Besar SK Bahagia lagi, semasa waktu sesi persekolahan, murid berkenaan dibawa di bilik Kaunseling untuk berehat setelah mengadu tidak sihat. Guru kelas cuba menghubungi keluarga murid berkenaan tetapi data murid tidak lengkap tambahan pula murid berkenaan tidak mengingati nombor telefon ibu bapanya. Murid berkenaan dibenarkan balik ke kelas setelah beransur sihat.

Komen igufran : Syukur kerana tidak ada apa-apa perkara buruk berlaku. Sebagai pengajaran kepada ibu bapa jangan terlalu berahsia nombor telefon sehingga sukar dihubungi apabila berlaku kecemasan. Beri kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengisi data dengan lengkap dan tepat.


1 Comments

  1. Kami pun ada dapat whatsapp mengenai budak ini. Nasib la tiada apa2 sama dia. Moral of the story is, pastikan anak2 HAFAL no hp ibubapa.

    ReplyDelete

Post a Comment