Catatan ini igufran petik daripada blog yang mengangkat Jepun sebagai juara Piala Thomas 2014.

Kombanwa..

Adakah anda bersetuju kemajuan sukan sesebuah negara bermula dengan peranan ibu bapa serta pendidikan?Bersetujukah anda sesebuah pasukan lebih berjaya kira punca kewangan dicari dengan usaha sendiri berbanding disalurkan oleh kerajaan? Bersetujukah anda,seseorang atlit perlu melakukan sesuatu yang mustahil untuk menggapai puncak dunia?/

1 ) Situasi biasa yang sering didengar

Dalam menanam benih minat kanak-kanak untuk menjadi seperti pemain idola,pengenalan tentang sukan yang digemari perlu dititik beratkan..Di Malaysia,kebanyakkan kesedaran tentang sukan amat cetek.

Anak : Abah, saya nak main bola,nak jadi macam Safee Sali..

Abah : Alahhh.Tak payahlah. Bola bukan sampai ke mana pun. Baik belajar dapat 5A lagi bagus.

Ini kebanyakkan dialog antara anak dan ibu bapa apabila anak kecil melontarkan minat yang mendalam.Tidak kurang hebatnya dengan suasana pendidikan..

Cikgu PJ : okay..saya nak kamu semua bawak pakaian sukan setiap kali watu PJ tidak kira hujan ataupun tidak"..

Murid : maaf cikgu..ibu bapa saya tak izinkan. Bila PJ penat..tak boleh fokus pada pembelajaran.

Persoalannya..kenapa PJ,Seni,Muzik,Kemahiran Hidup yang dianggap subjek tidak penting termaktub dalam sistem pendidikan?

Di Japan.."

Anak : Ayah..saya nak jadi pemain badminton seperti Tago.

Ayah : Cikgu,saya hendak masukkan anak saya dalam kelab badminton sekolah. Sila beri tunjuk ajar cikgu.

Dalam masa yang sama, si ibu bapa akan mencari inisiatif untuk memberi latihan tambahan kepada anak mereka dalam memajukan diri dalam badminton.Termasuklah, dengan pembacaan melalui laman web dan sebagainya. Anak kecil ini,akan terus mengenali badminton sejak dari Elementary School hinggalah peringkat University.

Moralnya disini. Peranan ibu bapa dan pendidikan adalah berkait rapat dalam memastikan sesebuah sukan atau sebagainya menjadi maju kehadapan. Inilah yang berlaku kepada Japan apabila pada masa dulu,Japan pernah dikalahkan Malaysia. Namun kini, apakah status Japan jika dibandingkan dengan Malaysia yang kini baru muncul kembali dipersada bola antarabangsa. Namun harus diingat,Japan kini lebih kuat berbanding Malaysia dalam badminton. Kita punya ada Lee Chong Wei.Tapi mereka punya kekuatan lelaki dan perempuan untuk acara berpasukan.

Baca seterusnya : izuanibrahim84.blogspot.com



Post a Comment