Atas kesedaran tentang bahaya tekanan darah tinggi, hari ini igufran berkunjung ke kedai Guardian untuk membeli alat pengukur tekanan darah. Terdapat beberapa jenama yang dipamerkan di rak pameran. Setelah berpuas hati dengan penerangan pekerja, igufran ambil keputusan untuk angkat jenama Omron. Harganya ada mahal sedikit berbanding dengan jenama Guardian. Bentuk Omron yang lebih menarik serta fungsi tambahan lain membuatkan igufran memilih Omron.

Balik rumah igufran jadi doktor di rumah. Setiap ahli keluarga igufran periksa. Huhuhhh..igufran sendiri berasa gerun dengan tekanan darah igufran 127/90 dengan kadar nadi 72/minit. Igufran buat tiga kali percubaan, hasilnya dua percubaan 119/72. Ohhh..rupanya igufran bengkokkan tangan pada ujian pertama..Normal ??

Walaupun tekanan darah nampak normal tetapi igufran perlu labih berhati-hati menjaga kesihatan memandangkan usia pun semakin lanjut. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat. Bersenam jadi amalan keluarga setiap hari. Diet pun kena jaga.

Memeriksa tekanan darah adalah sangat mudah untuk dilakukan sendiri. Selama ini mungkin anda berkunjung ke hospital atau klinik untuk memeriksa tekanan darah. Hakikatnya setiap kunjungan ke klinik untuk mendapatkan keputusan tekanan darah bukanlah percuma. Anda mungkin akan dikenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan mereka. Bukan setakat bayaran perkhidmatan, anda akan membayar tambang teksi jika tidak mempunyai kenderaan sendiri atau membeli petrol untuk kereta sendiri. Anda juga akan membuang masa pergi berkunjung ke klinik semata-mata untuk mendapatkan pemeriksaan tekanan darah. Jika pengunjung klinik ramai, masa anda berada di klinik juga akan semakin lama. Sebenarnya anda boleh berhemat malah dapat menolong seluruh anggota keluarga untuk memeriksa tekanan darah tanpa pergi berkunjung ke klinik.

Tahukah anda dengan ada alat ini anda dapat mengetahui lebih awal masalah tekanan darah anda serta seisi keluarga? Mungkin ia dapat merubah kehidupan keluarga anda. Jangan difikirkan harga yang mahal tetapi fikirkan kesihatan diri sendiri dan keluarga yang tersayang. Dapatkan satu untuk keluarga hari ini di Shopee.

Mungkin ada yang berfikir tidak memerlukan alat ni. Cukuplah bersukan pasti akan terhindar daripada masalah tekanan darah..tapi tekanan darah rendah pun satu masalah juga bukan??

Terima kasih kerana membaca..





Post a Comment