Kenyataan rasmi ketua pengarah pelajaran Malaysia menegaskan perbuatan tidak membuat kerja rumah bukan satu kesalahan disiplin. Ini kenyataan beliau ekoran kes lembu tidak buat kerja rumah. Ketua Pengarah Pendidikan memberikan amaran keras kepada guru yang mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.



Ini merupakan satu kejayaan besar murid kerana murid-murid tidak perlu risau lagi walaupun tidak menyiapkan kerja rumah. Siapa berani sentuh murid-murid walaupun tidak menyiapkan kerja rumah? Ketua Pengarah Pendidikan ada di belakang murid-murid yang pemalas buat kerja rumah.

Secara tidak langsung beban guru juga berkurangan. Guru-guru tidak perlu bagi latihan tambahan yang perlu disiapkan di rumah. Ini adalah kerana tindakan memberikan latihan tambahan atau kerja rumah merupakan satu kerja sia-sia sebab sudah tentu murid-murid tidak menyiapkannya apabila mengetahui ia bukan satu kesalahan disiplin dan murid-murid tidak boleh disentuh walaupun tidak menyiapkan kerja rumah.

Bagi igufran, perbuatan guru mendenda murid yang tidak buat kerja rumah dengan memaksa makan rumput sangat keterlaluan [ jika benar ]. Walau bagaimanapun igufran sangat tidak boleh terima kenyataan rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang menyatakan perbuatan tidak membuat kerja rumah bukan satu kesalahan disiplin. Apa juga arahan guru patut dipatuhi oleh murid. Kegagalan atau keengganan melaksanakan arahan guru merupakan satu masalah disiplin..MELAWAN. Igufran percaya Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pernah mengajar di sekolah dan sudah tentu beliau pernah mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. Apa beza peraturan dahulu dengan sekarang?

KPM seharusnya berani mendisiplinkan murid dan ibu bapa Malaysia. Beri peringatan kepada mereka ini supaya sentiasa mengambil tahu pendidikan anak-anak mereka. Bukan menyokong tindakan murid yang tidak buat kerja rumah. Biar adil, guru kena marah, murid dan ibu bapa juga layak dimarah.

Igufran seorang bapa kepada dua orang anak. Sudah menjadi rutin igufran setiap hari, sebaik sahaja anak igufran masuk rumah..perkara pertama yang igufran akan tanya ialah tentang kerja rumah. Mengapa igufran buat begitu? Pertama igufran mahu anak igufran pandai dalam pelajaran dan berdisiplin. Kedua, igufran tidak mahu memalukan diri sendiri dikata sebagai bapa yang hanya pandai buat anak sahaja..Syukurlah atas usaha guru-guru yang banyak memberikan kerja rumah, anak igufran berjaya mendapat 5A UPSR 2013.

Igufran harap generasi yang sedang duduk di bangku sekolah sekarang ni tidak jadi lembu apabila sudah dewasa nanti. 

Akhir sekali, guru mungkin tidak dapat bimbing buat kerja rumah..kalau tolong buat kerja rumah mungkin dapat kalau guru tu rajin..Fikir-fikirkanlah..

Terimas..

Post a Comment