Anda baru sahaja membeli handphone tetapi masih ragu-ragu sama ada handphone baru anda original atau tiruan. Dalam dunia serba canggih, setiap produk tidak lari daripada klon. Beli mahal-mahal kemudian dapat klon amat menyakitkan. Paling malang selepas bertahun handphone, kad jaminan, resit pembelian sudah hilang baru menyedari handphone rupanya klon.

Hari ini sahabat saya kongsikan cara mengetahui handphon Samsung Galaxy original atau klon. Panduan mengetahui sama ada handphone original atau klon diajar oleh pekarja kedai handphone. Mereka tahu handphone klon sebab mereka tidak mahu ditipu oleh pembekal. Namun ada peniaga menjual handphone klon sama harga yang original. Kalau tidak berhati-hati peniaga senang-senang sahaja jual handphon klon dengan harga samsung original.

Saya pernah tanya seorang pekerja handphone sama ada benda tu samsung original atau klon. Dengan pantas dia jawab original. Saya tanya pula warranty dari mana, tak terjawab si amoi. Mungkin dia ingat saya mudah ditipu sebab saya ke kedai handphone dengan pakaian selekeh saja.

Sebenarnya kalau sudah biasa tengok samsung Galaxy, tengok dengan mata kasar pun sudah tahu original atau klon.

Bagi yang masih ragu-ragu boleh cuba test try tips di bawah untuk mengenali samsung galaxy yang tokey jual atau yang anda hendak beli original atau klon.

Mari kita mulakan...kalau ada handphone samsung lagi bagus..boleh baca dan buat..

#1 Dail no *#0*#
#2 Klik button sensor
#3 Klik button image test

klik-klik juga button yang ada..

Kalau Samsung Galaxy anda original atau yang tokey hendak jual atau yang hendak anda beli memaparkan image anjing, sah Samsung Galaxy anda original. Gambar lain selain anak anjing, handphone samsung anda  adalah klon.

Selamat mencuba..


Post a Comment