Salam sejahtera semua. Semoga anda ceria-ceria sahaja. Kali ini igufran menulis perkongsian pengalaman igufran mengatasi masalah handphone  yang berjenama samsung corby 2 yang sentiasa restart. Mungkin anda juga pernah mengalami masalah yang igufran lalui iaitu handphone sentiasa restart. Jadi bila keadaan begini, sampai bila boleh boleh menggunakan telefon?

Beberapa hari yang lepas, handphone anak igufran yang berjenama samsung corby 2 mengalami masalah sentiasa restart..Bermacam cara sudah igufran lakukan termasuk buka pasang bateri tetapi tidak juga berhasil.

Akhirnya igufran membawa handphone yang baru berusia dalam setahun lebih tu di kedai handphone. Tiga kedai handphone yang saya kunjungi, mereka mempunyai jawapan yang berbeza.

Kedai pertama : 
Boleh dibaiki tetapi kena bayar RM80 kerana terpaksa install software baru. igufran berasakan harga itu tidak berbaloi kerana software yang diorang install bukannya dibeli tetapi diperolehi secara percuma. Jadi igufran tidak jadi berurusan dengan kedai tersebut. Dalam fikiran igufran, daripada bayar RM80, baguslagi beli set baru kerana harga pasaran samsung corby 2 sekarang dalam RM290 sahaja..mungkin boleh dapat lebih murah dari itu.

Kedai kedua :
Pekerja kedai ni igufran andaikan tidak tahu apa-apa tentang handphone..sekadar pandai menjual sahaja. Setelah beberapa kali on off handphone tersebut, dia bagitahu igufran bahawa handphone ni kena hantar ke kilang samsung. Dalam fikiran igufran, jika dihantar ke kilang mungkin kosnya sama dengan samsung galaxy s advance. igufran tidak setuju dengan cadangan tokey palui tersebut. Igufran tahu dia cuba menipu, sebab kalau igufran setuju..handphone itu akan hilang.

Kedai ketiga :
Pekedai ketiga ni lagi tahap bengang. Setelah dia hidupkan power handphone, dia bagi tahu igufran bahawa handphone tu tak boleh lagi diselamatkan. Tokey tu cadangkan beli handphone baru..dalam hati kalau beli handphone barupun, igufran pastikan bukan di kedai tokey bangang tersebut.

Balik Rumah :
igufran balik rumah tetapi masih memikirkan apa yang dikatakan oleh tokey handphone pertama. Igufran berfikir mungkin ada caranya. Setibanya di rumah igufran buka komputer kemudian cari maklumat di internet tentang masalah yang igufran hadapi. Terdapat beberapa maklumat dalam bahasa inggeris tetapi kurang membantu sebab igufran tidak fasih berbagasa inggeris..

Igufran terus mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah handphone igufran hadapi dan akhirnya igufran menjumpai blog berbahasa Indonesia yang menerangkan cara mengatasi masalah samsung corby 2 yang sentiasa restart.

Setelah mendapatkan kesemua software yang diperlukan, igufran pun memulakan projek membaiki handphone anak igufran. Lebih kurang 5 minit proses install software..akhirnya igufran berjaya membaiki handphone anak igufran yang sentiasa restart.

Jika anda juga pernah mengalami masalah yang sama, igufran blog mnksoft ni boleh mengatasi masalah anda.

Terima kasih juga kepada tokey handphone pertama yang bagi petunjuk kepada saya.

Terima kasih kerana membaca.

Flashing procedure Samsung S3850 Corby II (Repair Restart)

1. Install dahulu Samsung Kies
2. Download dan instal MultiLoader_V5.65.rar
2. Jalankan MultiLoader dan pilih ( BRCM2133 )
3. Seting handphone dalam posisi download mode dengan menekan (menu+ Power ),lalu download file S3850DXKC3_For Restart.rar Pass: santa24
4. Connect the USB cable
5. Dalam program windows pilih Port untuk mendapatkan koneksi yang paling bagus
6. Jika kamu ingin flash Boot files kemudian centang : Full Download option dan kemudian pilih tombol Boot dan pilih Boot files folder (Untuk repair restart/hank)
7. Sekarang kamu telah memilih file : Apps - Rsrc1 - Rsrc2 - FactoryFS - CSC - SHP APP
8. Tekan download dan program akan berjalan
9. Jangan mencabut kabel atau memutus koneksi sebelum selesai

9 Comments

  1. tak faham step 3..menu+power tu tekan pd corby nya??
    step 6 tu,apa yang BOOT FILES FOLDER??mcm mana boleh dpt Apps - Rsrc1 - Rsrc2 - FactoryFS - CSC - SHP APP ??
    boleh terangkan lebih terperinci tak??terima kasih...harap dpt mmbantu...... :)

    ReplyDelete
  2. tolong balas cepat ea..terima kasih ... :)

    ReplyDelete
  3. ooo..tak pelah..saya dah berjaya betulkan henfon saya yang asyik restart je..sudah berjaya!! terima kasih ye...

    ReplyDelete
  4. mcam mnew nk download bootfiles...tlong bagi tahu

    ReplyDelete
  5. tq igufran from malaysia,worked for me thanks again :D

    ReplyDelete
  6. Memang bermasalah samsung ni. telefon sp jenama samsung bermasalah betul. baik guna lenovo..

    ReplyDelete

Post a Comment